Wednesday, May 13, 2009

Menu masakan orang bujang... :)


Salam...Good day everyone...

Semalam telah saya janjikan untuk berkongsi resepi ayam goreng dan sardin sunquick. Untuk penghilang dahaga, air longan ais.

Ayam Goreng
  1. Cuci ayam dan lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam (mengikut citarasa anda sendiri).
  2. Biarkan selama lebih kurang 2 jam.
  3. Panaskan kuali dan minyak dan pastikan ianya betul2 panas dengan api yang sederhana perlahan.
  4. Goreng ayam tersebut sehingga benar2 masak. 
  5. Hidang setelah siap dimasak.

Sardin Sunquick
  1. Potong bawang merah,putih, cili merah dan cili padi mengikut kesesuaian saiz.
  2. Panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih.
  4. Masukkan sedikit cili giling.
  5. Masukkan sardin ke dalam kuali.
  6. Masukkan cili padi dan cili merah.
  7. Kacau sekata.
  8. Masukkan sedikit cili sos, sos tiram dan sunquick setengah sudu.
  9. Hidang setelah siap dimasak.

Air Longan Ais
  1. Sediakan sedikit air bercampur gula (mengikut kesesuaian)
  2. Masukkan air tersebut ke dalam bekas air.
  3. Masukkan ais.
  4. Masukkan longan (dari dalam tin) ke dalam bekas dan kacau.
  5. Sedia untuk diminum.

Itu sahaja menu untuk kali ini. InsyaAllah esok french toast plak. :)
Selamat memasak semua~

Cura ut valeas
Die dulci freure

Y~

3 comments:

  1. sardin sunquick..this is my 1st time tgk resipi ni. can try nanti :D hehe u created ut yourself ke?

    ReplyDelete
  2. sardin sunquick..this is my 1st time tgk resipi ni. can try nanti :D hehe u created it yourself ke?

    ReplyDelete
  3. xlah... my fren, hafizi nya mom nya resepi... tp seriously sedap... u bleh habiskan satu bungkus roti gardenia with one tin of that sardin urself... sedap sgt~ :)

    ReplyDelete